Air Signs (Elemen Udara-Gemini,Libra,Aquarius)
Kerjaya
Kamu dalam proses mencari kerja/sumber hasil lain untuk mengembangkan lagi bakat atau usaha kamu. Berusaha gigih untuk mencapai kepuasan hasil kerja secara maksimum mungkin.
Hubungan
Banyak rintangan/halangan ingin mencapai kebahagiaan. Setelah diuji dengan segala permasalahan yang sering terjadi, kalian cuba untuk mengingat kembali kenangan manis antara kalian berdua.
Single
Kamu seorang yang menarik,peramah,serta ada aura sehingga orang di sekitar mu mudah suka dan ada yang jatuh cinta dengan mu. Namun, kamu trauma lagi dengan hubungan kamu yang terdahulu, takut hal yang pernah berlaku sebelumnya itu akan berlaku lagi pada masa akan datang.
Fire Signs (Elemen Api-Aries,Leo,Sagitarius)
Kerjaya
Kamu sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan hati semua orang,rakan kerja serta majikan kamu. Namun, mereka tidak langsung ambil peduli tentang usaha kamu, kamu seperti kambing hitam, orang suruhan mereka.
Hubungan
Kamu dengan si Dia saling menyanyangi antara satu sama lain, tapi kenapa kamu tertekan? Kamu seolah sudah penat asyik menghadapi pertengkahan yang sama berulang kali.
Single
Kamu masih berasa patah hati yang kuat,rasa trauma terhadap percintaan. Kamu menganggap bahawa segala pengorbanan kamu bersama orang lama itu tidak berbaloi.
Water Signs (Elemen Air-Pisces,Cancer,Scorpio)
Kerjaya
Kamu sedang mencari peluang pekerjaan/cara promosi bisnes kamu secara besar-besaran/menyeluruh. Menyusun strategi yang tersusun agar dapat mengecapi impian kamu.
Hubungan
Kamu amat bahagia sekali dengan pasangan kamu,kamu memahami dia, dan dia juga memahami kamu. Di mata orang sekitar kamu,serta rakan-rakan kamu dengan si Dia adalah pasangan paling cocok.
Single
Kamu berasa hairan kenapa kamu asyik berkenalan dengan orang yang salah, misalnya orang yang sudah berpasangan,kamu ibarat menjaga jodoh orang lain. Kamu berasa tertekan, dan sangat pasrah sepertinya tiada lagi yang terbaik untuk kamu.
Earth Signs (Elemen Tanah-Taurus,Virgo,Capricorn)
Kerjaya
Setelah penat lelah berusaha, kamu akan mendapat wang/bonus/pangkat/kepujian daripada majikan kamu. Banyak orang bercerita mengenai diri kamu ada yang positif dan negatif. Ada yang puji ada juga yang iri dengan kebolehan serta kebijaksanaan kamu,maka berhati-hatilah.
Hubungan
Kamu mempunyai intuisi,kata hati yang tinggi. Jadi tidak hairan lah kamu dapat detect sama ada pasangan kamu setia atau curang/selingkuh kepada kamu.
Single
Kamu enjoy dengan life kamu saat ini, kamu boleh pergi kemana sahaja tempat yang kamu suka. Kamu ingat melakukan aktiviti di luar sana/travel.
Ramalan di atas berdasarkan bacaan kad tarot,silakan dinilai |